Tuesday, 31 January 2012

Tahukah anda???

- Tahukah Anda kedua belah kaki
kita tidak sama besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi
adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi tentunya besarnya
juga tidak sama. 



- Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak
menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya
supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah
tentu ia tidak akan diekori lagi. 



- Tahukah Anda
burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala
hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap
walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung
mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya. 



- Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang
ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan. 



- Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam
dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang
berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk
menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh
kawan kita. 


-Tahukah anda apabila 350ml air yang

diambil dari sinki dan kemudiannya
dituangkan ke dalam cerek yang
mengandungi 150ml air suling dan
dibiarkan terdedah kepada nyalaan
api bersuhu 100 darjah celcius akan
menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.



-Tahukah anda yang air sirap
merupakan salah satu bahan asas
dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini
kerana kajian telah dibuat, seorang
pembina helikopter memerlukan air
sirap untuk menghilangkan keletihan
semasa membuat helikopter, tanpa air
sirap mungkin helikopter tersebut
tidak dapat disiapkan.



-Tahukah anda sebuah kereta yang dipandu selaju
220 km/j tidak akan dapat 
memotong
kereta yang dipandu selaju 40
km/j sekiranya kereta-kereta tersebut
dipandu dari arah yang bertentangan



-Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh
menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.







~~lawak semata-mata!!!~~~hehehehe

1 comment:

  1. huhuhu... yang pasal manusia tak dpt sentuh telinga guna siku tu, aku buat... hehe.. malunya aq... hahak

    ReplyDelete